Assalammu’alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh
Bismilahirohmanirohim
Setengah orang menyangka bahawa kemajuan yang telah dicapai umat manusia sekarang ini, yang begitu canggih, mengagumkan itulah tujuan daripada hidup. Itulah matlamat yang akan dicapai oleh setiap orang. Tidak ada lagi perhentian atau persinggahan di balik itu. Jika telah tercapai kemajuan dan kelengakapan hidup sempurnalah kemanusian kita. Kerana kata meraka; BUKANKAH KEMAJUAN SAAT INI CUKUP CEPAT DAN DAPAT CEPAT DAN DAPAT MEMENUHI SEGALA KEPERLUAN HIDUP?
Hidup zaman moden, serba maju, serba cepat, serba technology, tetapi juga serba gelisah, serta tidak ada pegangan dan serba diliputi oleh rasa takut. Kesenangan hidup moden hanya nampak pada “KULIT”, namun jauh di dasar HATI manusianya penuh dengan KERESAHAN. Kebanyakannya bersembunyi di balik kemewahan dunia yang serba TIDAK KEKAL ini.
JIKA zaman jahiliah dulu, ketika kebodohan di bidang AKHLAK dan JIWA TAUHID, atau ketika manusia ramai yang senang berbuat kemaksaitan dan kezaliman akan nampak dengan jelas dan terang didepan mata. Namum jahiliah di zaman moden sekarang ini bahkan lebih dahysat lagi jika dibandingkan dengan dahulu. Umpamanya ketika di zaman Firaun, jika dari kaum Bani Israel ada yang melahirkan anak lelaki mereak bunuh hidup-hidup. Kemudian di zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., jika anak perempuan yang lahir juga akan dibunuh. Tapi sekarang ini, malah lebih zalim lagi dari zaman yang terdahulu. Sebelum bayi lahir, belum tahu apakah lelaki maupun perempuan, malah ketika masih dalam kandungan lagi bayi tersebut ada yang sudah dibunuh, digugurkan lantaran takut malu atas perbuatan penzinaan yang dilakukan(Nau’zubillah).
Kebudayaan saat ini, mengajar kepada manusia bagaimana hendak hidup. Tetapi dia tidak mampu menerangkan kenapa manusia itu hidup, dan apakah hikmah dari kehadiran manusia hidup didunia ini. Mereka hanya mencari kesenangan hidup menurut cara mereka sendiri. Mungkin dengan mencuri, berjudi, membuat kezaliman dan lain-lain lagi. Jika dulu orang mencuri dengan cara sembunyi-sembunyi, tetapi sekarang kebanyakannya mencuri dengan terang-terang di depan mata. Mereka mencuri dengan cara ‘ RIBA, RASUAH, MENERIMA SOGOKKAN dan lain –lain lagi. Mereka berjudi di depan khalayak ramai. Dengan tidak segan-segan menunjukkan kepada orang lain, dengan harapan agar orang lain dapat mengikut serta melakukkan perjudian tersebut.
Sekarang ini juga dapat kita lihat kezaliman dilakukan dengan terang-terang. Kadangkala pembunuh sendiri tak tahu mengapa dia membunuh. Lantaran perkara kecil sanggup menghilangkan nyawa orang lain dengan cara penganiayaan dan sebagainya. Kezaliman pada zaman moden ini jauh lebih canggih pada zaman jahiliyah dulu. Jika dulu orang membunuh anak perempuan setelah mereka berumur enam tahun, namun sekarag peperangan tidak mengenal apakah anak kecil atau bayi semuanya dibunuh secara kejam.
JAHILIAH di abad moden sekarang ini jauh lebih kejam dibandingkan jahiliah ketika sebelum Nabi Muhammad S.A.W., Cuma saja kezaliman ketika ini direka bentuk dengan cara yang canggih, sehingga seakan-akan tidak nampak, akibat tertutup oleh TIPU DAYA manusia itu sendiri. Kejadian-kejadian itu sebagai suatu gambaran bahawa JIWA yang hidup dikurun ini, KEBANYAKANNYA JIWA yang KOSONG dari NILAI-NILAI KEAGAMAAN. Mereka jauh dari KONSEP ajaran yang telah diberikan oleh Allah S.W.T.
KEHIDUPAN umat islam banyak mengambil cara barat yang lebih mementingkan kehidupan material, tanpa memperhitungkan bahawa JIWA juga perlu DIISI dengan AGAMA. Kehidupan yang serba bebas dari segi hubungan social dan pegaulan. Tanpa memperhitungkan nilai hala dan haram lagi.
Di DALAM ISLAM segala aspek, kehidupan telah diatur dengan lengkap kerana sesungguhnya Islam merupakan agama yang mengatur seluruh aspek dari KEHIDUPAN umat manusia. Tinggal sejauh mana umat Islam itu senediri mahu menjadikan Islam sebagai CARA HIDUP mereka.
Jika masa silam dari kehidupan yang kita lalui diwarnai dengan berbagai corak DOSA dan NODA, ada baiknya kita berhijrah, dari alam yang penuh kesalahan dan dosa-dosa kepada alam kehidupan yang baru, yang lebih baik. Kehidupan yang dituntut sesuai dengan ajaran Islam, yang mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. sekaligus dapat MENGHIRUP KEDAMAIAN JIWA.
IMAN DAN KETENGAN JIWA
DALAM kehidupan bermasyarakat, akan dijumpai suatu hal yang berlawanan. Misalnya ada orang miskin, nampaknya serba kekurangan dan menderita, tetapi hidup mereka tenang, bergembira dan bahagia. Ada orang yang kaya, serba mewah, berilmu pengetahuan dan sebagainya, tapi hidupnya resah, cemas dan selalu merasa tidak puas.
BAHkan kadangkala orang kaya itu, hidup dalam keresahan dan mengganggu ketenangan orang lain, kerana mereka ingin menjadi lebih kaya lagi, sehingga menghalalkan berbagai cara. Bageitu juga pangkat dan jawatan tinggi tidak menjamin seseorang merasa bahagia, jika mereka tidak beriman. Malahan dengan jawatannya itu ia merasa resah dan gelisah, kerana takut akan digantikan oleh orang lain dan sebagainya.
Nampaknya sesuatu yang kita miliki, jika tidak diterima dengan keimanan dan jiwa yang bersih hanya akan membuat diri kita menjadi keluh-kesah. Kita harus menyedari bahawa tidak selamanya orang mampu menghdapi kesukaran yang menimpanya, dan tidak selamanya pula orang berhasil mencapai tujuannya dengan baik. Begitu pula tidak semua orang dapat menghindarkan diri dari perbuatan yang tidak disukai.
Sebagai seorang muslmim, seharusnya kita tidak merasa marah, gelisah serta menyalahkan orang lain jika kita dihadapi dengan berbagai masalah. Hendaknya dihadapi dengan tenang dan jiwa yang bersih. Keperibadian yang luhur dan jiwa yang sihat sahajalah yang dapat menghadapi dengan tabah. Keperibadian yang mempunyai ROH AGAMA dan KEIMANAN yang kuta, akan mampu menghadapi setiap masalah yang datang menimpanya. Ia akan menyerahkan sesuatu dengan ukuran IMAN yang ada dalam JIWAnya. Tidak berkeluh kesah dan kecewa seperti yang dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai ROH AGAMA dan BUDI PEKERTI yang LUHUR.
Unsur yang penting dalam mencapai ketenangan jiwa adalah IMAN yang murni kemudian menjadi suatu AMALIAH dalam kehidupan sehari-harinya. Dalam Islam, IMAN merupakan unsur ASAS yang menjadi penggerak segala aktiviti kehidupan yang sempurna. Seperti PENGGERAK SIKAP, UCAPAN, TINDAKKAN, PENGHILATAN, PENDENGARAN dan PERBUATAN. Tanpa penggerak yang baik, maka akan membuat diri seseorang merasa cemas dan selalu disertai dengan PENYESALAN yang BERTERUSAN, akhibat TERGANGGU KETENANGAN jiwa seseorang.
JIKA dilihat dalam kehidupan kita sehari-hari, maka yang selalu kita fikirkan adalah bagaimana mencari KESENANGAN hidup dengan mengumpulkan wang dan harta kekayaan. Tergantung kepada tingkat ekonomi kita, jika berasal ekonomi yang rendah dan kemahiran yang rendah, maka kita mendapat hasil yang rendah dan begitu juga sebaliknya jika mempunyai kemahiran dan modal yang banyak, maka kita akan memperolehi hasil lebih. Kemudian kita bekerja dengan mengabadikan tenaga dan kemahiran yang kita miliki untuk memenuhi keperluan kita. Kadangkala hingga kita lupa akan KEPERLUAN JIWA KITA, dan akan terasalah bahawa yang paling akhir kita fikirkan adalah diri kita sendiri.
DALAM diri seseorang, yang menjadi pengerak utama dalam sikap dan tindakan bukan sahaja AKAL FIKIRAN semata, akan tetapi JIWA juga TURUT TUNDUK kepada FIKIRAN KITA, bahkan selalu terjadi sebaliknya, fikiran selalu TUNDUK kepada JIWA atau PERASAAN.
KESEIMBANGAN antara PENGGUNAAN FIKIRAN dan JIWA akan membuat seseorang itu menjadi HARMONI dan MATANG. Keseimbangan antara PEMIKIRAN dan JIWA, HENDAKLAH di ISI dengan NILAI-NILAI KEIMANAN. DALAM ISLAM keimanan merupakan PENGGERAK dalam DIRI KITA kepada KETENAGAN dan KESEHATAN JIWA. Hanya KEBENARAN sahaja yang membawa seseorang bahagia HIDUP di DUNIA dan AKHIRAT.
Semoga bahan ini bermanfaat bagi kita semua dalam menghadapi dugaan dan senantiasa menghiasi peribadi dengan sifat kesabaran.
Insya-Allah
Wassalam
Prev: Ayat al-Kursi tattoo on a woman's back - Innalillahi waInaIlayhiRajiun
Next: Love Your Parents
Jumat, 24 Desember 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar